Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Wahai kaum wanita yang saya kasihi cinta, jika benar kita sayangkan ayah atau suami kita, ada beberapa aurat perlu kita jaga :
Menurut
Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari
(Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
Dan
janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah
An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari
(Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)
Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan
: Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
Asma
binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari (Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda
Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab
Ayat 32.)
Sabda
SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)
Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan
dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada
seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan
dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang mencolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti –
Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan
dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Sesungguhnya
aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang
difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting
ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul
khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut
syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada
belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari
dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,
bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh
Ali Thantawi:
"Terdapat
perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian
terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan
tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya
waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan
berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat
pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang
pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan
dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain,
bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala
akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai
rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".
Bagaimana?
Ingatlah, definisi sayang adalah membantu suami atau ayah membawa
keluargamu ke syurga, bukan melemparkan dia ke neraka. Jika benar cinta
kepada mereka, maka tolonglah mereka.
JAGALAH AURAT MU -> Pesanan untuk diri ini juga.